Latar dan sejarah Kumpulan_Lapan

Negara-negara G8 berpunca daripada krisis minyak 1973 dan kemelesetan sejagat yang kemudian. Masalah-masalah ini menyebabkan Amerika Syarikat membentuk Kumpulan Perpustakaan, sebuah kumpulan pegawai kewangan kanan dari Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun, untuk membincangkan persoalan-persoalan ekonomi.

Pada tahun 1975, Valéry Giscard d'Estaing, Presiden Perancis, menjemput ketua-ketua negara dari enam buah negara demokrasi perindustrian ke sebuah persidangan kemuncak di Rambouillet dan mencadangkan mesyuarat-mesyuarat yang tetap. Peserta-pesertanya bersetuju dengan sebuah mesyuarat tahunan yang diadakan di bawah sistem presiden mengikut giliran dan dengan itu, membentuk apa yang digelar Kumpulan Enam (G6) yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Jepun, Jerman Barat, Perancis, dan United Kingdom. Pada persidangan kemuncak tahunan yang kedua di Puerto Rico, kumpulan ini menjadi Kumpulan Tujuh (G7) apabila Kanada mengambil bahagian atas permintaan Gerald Ford, Presiden Amerika Syarikat, pada tahun 1976. Kesatuan Eropah telah menghadiri mesyuarat-mesyuaratnya sejak ia dijemput buat pertama kali oleh United Kingdom pada tahun 1977. [3].